Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah.
Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.
“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.
“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH
“Tapi… Macam mana?” – AINNURA
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa.
Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan.
Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan.