Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 14 April 2017

Maya ~ Rekka

(SEM & S/S) RM21.90 > RM19.30

Myra mula sedar ada misteri yang berlaku di rumah sewanya sejak sepupunya, Hanis berpindah masuk.

“Macam mana kau boleh ada kat luar sedangkan kau tidur di bilik aku semalam? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik air kat luar? Masa aku keluar tadi kau masih lagi tidur.”

Hanis tergelak. Bagi Hanis hantu tidak wujud.

Segalanya berubah apabila Myra terbaca satu cerita seram di internet tentang Maya. Hilai tawa seorang gadis mengacau hidup mereka. Tragedi berlaku apabila mereka keluar bercuti.

“Hari pertama kita kat sini aku ada nampak sesuatu dalam bilik air. Ada bayang-bayang hitam yang ikut aku kat belakang. Bila aku masuk tandas bayang-bayang itu pun ada sama. Lepas tu hilang.” Bayang-bayang itu buatkan Sarita jadi takut. Dia tidak mahu tinggal di rumah banglo itu lagi.

Masuk hari keempat rumah banglo itu riuh dengan kehilangan Rafiq. Tetapi malam itu…

“Mana kau pergi hah? Tahu tak kita orang semua risau pasal kau. Mana kau pergi? Kenapa tak bagitahu kita orang sebelum kau pergi?” marah Balqis sambil merenung anak mata Rafiq tajam.

“Balqis dengar sini. Rafiq tak balik sini. Kita belum jumpa dia lagi. Balqis dengar tak?” marah Hanis.

Kini, hanya tinggal Hanis, Myra, Adam dan Sarita sahaja di banglo usang itu. Masing-masing menyepi diri. Fikiran Hanis masih lagi bercelaru tentang misteri yang berlaku kebelakangan ini. Hanis meragui sepupunya sendiri.

“Apa yang berlaku ni? Siapa Myra sebenarnya? Myra kena rasuk ke?”

Dalam berperang dengan perasaan takut Hanis ternampak bayang-bayang di sebelah Myra.
“Maya!” terjerit Hanis.
MAYA siapakah dia?