Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 21 November 2016

Kenapa Babi Tidak Halal? ~ Samhani Ismail

Membongkar Hikmah Pengharaman Babi

“Banyak sekali perkara yang bermain di fikiran apabila membaca buku ini. Daripada isu mudarat lebih daripada khasiat, pengubahsuaian genetik, peranan kajian, kepada pelbagai lagi idea dan hikmah yang tersirat. Saya memang sarankan untuk anda baca!”
Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
ADUN Demit

“Sebuah buku yang menarik kerana membincangkan perihal hukum haram haiwan babi dari sudut saintifik, khususnya kesan negatifnya kepada otak dan saraf. Kesan ini secara langsung menular ke bahagian jasad yang lain, oleh itu boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada masyarakat. Ia patut dibaca oleh semua individu dalam usaha bagi menjadi ‘lebih bersih dan sihat’.”
Prof. Dr. Zamzuri Idris
Ketua Jabatan Neurosains USM
Consultant Neurosurgeon


“Perkataan BABI adalah satu perkataan yang sinonim dengan hal-hal yang jelik dalam komuniti Muslim. Sedangkan ia adalah sumber makanan utama bagi sesetengah komuniti bukan Islam. Pertembungan ini banyak mencetuskan persepsi negatif antara satu sama lain dan menyebabkan pengkelasan babi sebagai najis berat dalam Al-Quran dipandang serong. Inginkan hujah islamik dan saintifik pengharaman babi dalam Islam? Buku ini ada jawapannya!”
Dr. Zulkifli Mustapha
Pensyarah Neurosains USM
Bidang Kepakaran Comparative Neurosciences

***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Penawar Bagi Hati Edisi Jimat ~ Syeikh Abdul Qadir Abdul Muthalib Al-Mandili

"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Sahih Al-Bukhari

Antara Kandungan:
Bahagian Satu: Perihal Tujuh Anggota
Mata
Telinga
Lidah
Perut
Faraj
Tangan dan Kaki

Bahagian Dua: Qalbu (Jantung)
Pendahuluan
Tamak Terhadap Makanan
Tamak Dalam Berkata-Kata
Kemarahan
Sifat Dengki
Kedekut dan Sayang Harta
Bangga Diri
Cintakan Dunia
Besar Diri
Ujub
Riyak
***
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Lembaga Hikmat ~ HAMKA

Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah. Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:
Kehidupan Batin dari Orang Besar
Babeek dan Fakir Hindi
Korban
Anak Gembala yang Malang
Imam yang Adil
Jabatan Prisik Zaman Dahulukala
Abu Musum Al-Khurasani
Harun Al-Rasyid dengan Fudhail bin Ayyadh
Usamah bin Zaid (Jeneral Muda)
Rasulullah Sebagai Seorang Diplomat
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 ~ HAMKA

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
Pengantar Juzuk 30
Surah An-Naba’
Berita yang Besar!
Alangkah Hebatnya Penciptaan Allah
Hari Keputusan
Penderitaan dalam Neraka Jahannam
Nikmat Syurga bagi yang Bertakwa
Surah An-Nazi`aat
Bila Kiamat Datang
Sedikit Peringatan tentang Musa
Hal-Ehwal Hari Kiamat
Surah `Abasa
Itab yang Merupakan Cinta
Peringatan!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sunday 20 November 2016

Jejak Karmila ~ Nilam Himawari, Rizalwan Ramli

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonoe dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah swt.

Apabila ada yang merana di 'dalam' sana, yang di 'luar' ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilau. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah, dia beralih pula pada gadis lain.

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja terbongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Siapa sebenarnya Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya? Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?
***
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Friday 18 November 2016

Lelaki Penuh Misteri ~ Luna Bulan

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan menjadikan Nurul Fadhia trauma. Tapi bagus juga batal. Kalau tak, Fadhia tak tahu yang Zachary tu gay. Maknanya dia selamat sebelum menjadi mangsa. Cumanya, Fadhia jadi prejudis pada lelaki. Dan mangsa prejudisnya ialah Rezza Akif. Belum apa-apa kasut ballerina Fadhia sudah mendarat di muka lelaki itu.

“Woi! Penyangak apa kejadahnya. Nak bunuh orang ke?” - Rezza 
“Sebelum aku yang kau bunuh, baik aku bunuh kau dulu.” - Fadhia 

Itu kisah pertemuan pertama. Tapi, ia tak berakhir di situ. Pertemuan seterusnya, Megan Fox merah milik Rezza tercium pokok gara-gara Fadhia. 

“Mata letak kat lutut ke? Meh sini aku siku bagi naik atas semula.” Rezza yang berkaca mata gelap dengan baju Melayu merah siap bersamping itu tak ubah macam red bull di mata Fadhia. 
“Siapa lelaki tu, Dhia?” “Entah! Lelaki misteri.” 

Tiada yang manis pun pada pertemuan mereka. Tapi, aturan Tuhan tu sangat indah. Walau tanpa yang manis-manis, Rezza tetap juga tertarik dengan Fadhia, Fadhia juga kata Rezza lagi menarik dari Zackhary. 
“Awak ada tali tak?”- Rezza 
“Tali apa?”- Fadhia
“Tali untuk ikat hati awak kat hati saya ketat-ketat.”- Rezza 
“Kalau tali tu putus macam mana?”- Fadhia “Awak duduklah diam-diam. Pastikan bergerak seiring detak jantung saya.” - Rezza 
Apakah pengakhiran pertemuan mereka akan ada yang indah-indah? Atau lelaki misteri yang bernama Rezza Akif itu cuma mangsa dalam misi membalas sakit hati?

Friday 11 November 2016

Suka Benci Cinta Kita ~ Mayesa Iman

“I nak you kahwin dengan Dya ya. Please...”

Kerana cinta Farish Haiqal buat Nia Suraya, Dya Zara dijadikan isteri. Namun, tanpa pengetahuan Farish Haiqal, Dya Zara telah lama mencintai lelaki itu. Dan, Nia Suraya juga tahu akan itu.

Mula-mula memang susah nak bermesra. Tapi, dah nama pun suami isteri kan. Pusing kanan, pusing kiri berjumpa saja. Sudahnya Farish Haiqal ajak Nia Suraya belajar bercinta. Mula-mula memanglah terkejut, tapi akhirnya...

“Tak rugi abang belajar bercinta dengan Dya.”
“Terima kasih bang.”

Namun, bahagia berdua bersama hanya sementara. Hari ini suka, esok pula benci. Hari ini sayang, esok kena hina. Cemburu Farish Haiqal semakin hari semakin menebal. Dya Zara tidak tahu apakah puncanya. Itu bukanlah kesalahannya. Dia difitnah!

Apakah kebenaran akan muncul? Mungkinkah kegembiraan dan kebahagiaan bakal menjadi milik Dya Zara kembali? Dan, selepas semua terjadi mampukah Farish Haiqal merebut kembali hati isterinya?

“Sayang, cinta tidak hanya pada kesempurnaan. Semua orang ada persepsi sendiri. Bagi abang, cinta adalah ketika sayang menerima buruk dan baik abang. Dan abang pun menerima sayang dengan seadanya. Kita dapat mengisi keburukan kebaikan bersama. Apa yang kurang pada abang, insya-Allah ada pada Dya. Dan sebaliknya.”
***
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mohon Jatuh Cinta ~ Fatiah Zohar

Seorang si singa, seorang si keras kepala. Bekerja di bawah satu bumbung, tidak pernah mereka berdua sekepala. Si bos dengan lagaknya, si pekerja dengan pendiriannya.

“Nak tercabut skru kepala aku ni layan perangai singa dia tu, tahu?” - Aimin Humairah
“Habis, saya ni tak pecah kepala layan perangai badut awak?” – Dani Isyraf

Tapi, kata orang benci lama-lama boleh jadi cinta. Sifat bersahaja Aimin Humairah itu membuatkan hati Dani Isyraf semakin jatuh cinta. Namun, hati Aimin Humairah yang sekeras kerikil bukan mudah untuk dilembutkan. Dalam penantian rasa, Dani Isyraf akur dan meluahkan rasa hatinya.

“Dalam marahnya saya, sentiasa rindu. Dalam marahnya saya, terbit rasa cinta. Saya betul-betul cintakan awak, Aimin Humairah dan saya ingin memperisterikan awak.” - Dani Isyraf
“Tapi saya tak pernah cintakan awak! Kalau dapat saya putarkan masa, saya berharap untuk kita tak pernah kenal dan berjumpa. Mengenali awak adalah penyesalan besar dalam hidup saya, Encik Dani Isyraf.” – Aimin Humairah

Setelah hati jatuh cinta, akankah lagi ada bahagia?
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Rebut Hati Encik Duda ~ Ezdiani Abd. Rahman

Majlis perkahwinan dibatalkan?

Humaira buat gila bila batalkan majlis perkahwinannya dengan Sharnaaz yang bakal berlangsung lagi sebulan. Tak kuasa bersuamikan lelaki curang. Dia rela dapat malu daripada merosakkan masa depannya.

Bila keluarganya kecoh, barulah Humaira terfikir mahu cari pengganti pengantin lelaki. Tapi, siapa yang mahu digantikan? Takkan Pak Mat si duda tua kerepot yang tergila-gilakannya? Bila hati dah runsing, dia lamar sahaja Ziyad si duda anak satu yang baru dikenali.

“Saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin dengan awak.”

Terpaku Ziyad bila dirinya dilamar. Bukannya dia tidak kenal si dara pingitan itu. Walaupun dia tegas melayan Humaira, tapi si gadis tidak pernah kisah. Paras rupa Humaira mengingatkan Ziyad kepada arwah isterinya. Dalam detak hati ada satu lagi perasaan yang buatkan pintu hatinya berdetak. Namun, Ziyad menafikan dan dia pilih untuk terus setia kepada Zurin.

Buah bidara dalam perahu,
Aira nak ucap I LOVE YOU.

Istilah Cinta Untuk Dia ~ Anarif

“Nek, anak orang putih mana pulak datang rumah nenek ni?”
“Hush!” Nek Zizah menepuk paha Paan, menegur bicaranya.
“Isabelle, mari duduk sini,” ditepuk-tepuk lantai di sebelahnya.

Isabelle menurut. Mata bulatnya jatuh pada naskhah suci al-Quran milik Paan.

“What is that?” jarinya tegak menghala ke arah al-Quran itu.
“Nek, dia cakap orang putihlah!” komen Paan teruja.

ISABELLE, anak kecil keturunan pan-asia telah diserahkan kepada Nek Zizah dan Tuk Khalid untuk dididik menjadi gadis Timur yang berilmu agama. Kedatangannya mengundang amarah Haliza, ibu Paan sekali gus memisahkan hubungan antara ibu dan anak juga persahabatan Paan dengan Isabelle. Masa berlalu dan kali ini kehadiran Isabelle sebagai Fatimah di rumah besar Paan atas tugas orang gaji adalah arahan Haliza!

“Kau nak tahu kenapa aku nak kau ikut esok?” Isabelle ketap bibir. “Kalau majikan nak saya pergi ke mana pun, asalkan tak berdosa dan tak memudaratkan, apa hak saya untuk bertanya kenapa? Kalau boleh ke matahari tanpa terbakar pun saya kena pergi jugak,” separuh menyindir, Isabelle membalas. Paan tersengih tiba-tiba.
“Tak ada pun aku suruh kau pergi sampai matahari tu. Layak ke kau nak jadi angkasawan?”

Isabelle membesarkan matanya. Aneh lelaki ini. Kejap prihatin, kejap mengutuk.

Rumah Sakit ~ Muhd Kamil Ibrahim

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”

Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Monday 7 November 2016

Biniku Ninja ~ Azlan Andi

Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

Bermula dengan hanya artikel di online http://www.thevocket.com/kisah-perkahwinan-azlan-dan-sabatini/ .. kini kisah cinta mereka telah diterbitkan.

Best sangat cerita cinta diorang. Tak rugi beli!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Thursday 3 November 2016

Dia Pilihanku ~ Rissa Ahdiya

Auni Soraya dan Ahmad Fahim, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua- duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.

Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.

“Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti.” - Fahim
“Hati saya aje? Hati awak?” - Auni
“Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa.” - Fahim

Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula badai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.

Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.

Projek Seram: Hostel ~ Hasrudi Jawawi. Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, Illya Abdullah

Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?

Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG


Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?

Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER