Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 27 May 2016

Seoul Dengan RM1400 Je? ~ Normi Ahmad Shafie

“Adik, berli satu 10 ringgit,” suara lelaki itu menarik perhatian saya. Saya pandang ke muka lelaki itu, dia orang Korea dalam lingkungan umur 40-an. ‘Eh, tau berbahasa Melayu?’ Dia tersenyum memandang saya sambil mengulangi ayatnya tadi. Saya pandang baju t-shirt yang dijualnya tertera harga KRW10,000. ‘Wah, RM10 kau kata!’

*******

Sedang menuruni tangga subway, kedengaran bunyi ‘gedebuk’ diikuti suara budak mengerang kesakitan. Saya segera berpaling ke belakang dan terlihat seorang budak lelaki dalam linkungan umur 10 tahun yang agak gempal berbangsa Korea sedang terjelepuk di atas tangga tak jauh dari saya.

Dia menangis dan mengaduh. Ada luka di kaki kanannya. Kasihan sungguh!

Saya pun cuba panggil orang-orang tempatan yang sedang lalu-lalang. “Please help him, he’s hurt.”
Ramai terus berjalan, memandang tapi tiada seorang pun berhenti memberi pertolongan.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kompilasi Travelog 7 Benua ~ Badrul Hisham, Nordin Yahaya, Ida Yunus, Rafiee Ghani, Nazri Arshad, Siti Noridah, Wazari Wazir, Meor Farid Asyrady

BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.

NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.

IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.

RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.

NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.

SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.

WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.

MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan hasil terbitan sendiri.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Merentas Amerika ~ Badrul Hisham

Polis koboi Texas dengan serius mengacukan pistol ke arah kepala Bad dan menjerit sekuat hati.

“I SAID OPEN THE DOOR! OPEN THE DOOR!” Bad dicampak ke atas lebuh raya dan tangannya digari. Aku digari beberapa minit kemudian dan dicampak ke tepi jalan juga.

Buku ini menceritakan sebuah kisah benar tentang dua pemuda Melayu yang merantau pusing Amerika dengan berbekalkan duit sedikit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas. Aku dan Bad ditangkap polis koboi kerana mereka mengesyaki kami penjenayah besar.

Moga pengembaraan Merantas Amerika ini menjadi inspirasi bagi anak muda mengejar impian yang lagi besar dalam hidup.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Travelog Tarbiah ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

'Travelog" membawa maksud ‘suatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan’ manakala ‘tarbiah’ membawa maksud ‘pendidikan’. Maka, ‘travelog tarbiah’ di sini boleh didefinasikan sebagai sebuah wadah berbentuk buku yang menceritakan tentang perjalanan seseorang yang bermatlamat memberi pendidikan kepada yang mengikuti pengembaraannya.

Oleh itu, coretan penulis ini menceritakan pengalaman peribadi beliau sewaktu bermusafir di negeri asing.
*****
(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Ubah ~ Syed Alwi Alatas

Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi? Yang Penting Mulakan ...

Sebelum mencari di kejauhan, mengapa tidak mulakan saja dengan yang dekat, iaitu diri sendiri? Sebelum mengharap perubahan pada manusia lain, mengapa tak mulakan saja daripada manusia yang satu ini? Ya, diri kita sendiri!

Tidak ada manusia yang sampai ke destinasi yang dicita-citakan hanya dengan satu langkah. Mulakanlah dengan diri sendiri kerana itulah yang paling dekat. Pilihlah jalan yang paling tepat yang akan membawa ke tempat tujuan kita. Jika hendak ke hulu, jangan pula ambil jalan ke hilir. Kalau hendak ke syurga, jangan pilih jalan ke neraka.

# Jatuh untuk bangun! Teruskan melangkah.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Praktikal Solat Sempurna ~ Muhadir Haji Joll

PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA menghuraikan secara ringkas dan padat cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah berdasarkan rukun-rukun solat yang telah digariskan para ulama dalam mazhab Syafi‘i.

Kenapa buku ini mesti dimiliki?
- Pencerahan ringkas kepada beberapa persoalan khilafiah berkenaan solat yang menjadi perbahasan di kalangan orang awam.
- Menghuraikan cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah dengan posisi yang tepat seperti solat Nabi, disertakan foto.
- Setiap pergerakan solat dinyatakan dalilnya.
- Bersumberkan kitab rujukan muktabar berbahasa Arab dan bertulisan jawi.
- Bacaan dalam solat juga dijelaskan berserta maksudnya agar pembaca dapat memahami setiap yang dilafazkan dan membantu khusyuk.
- Sebagai bonus, disertakan tip mendapatkan khusyuk dan menghilangkan waswas dalam solat.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tariq bin Ziyad: The Conquerer of Andalusia ~ Abdul Latip Talib

It was a time when the Umayyad Empire was aggressively expanding their jurisdiction.

Finally, they reached the borders of Africa and Europe — a border separated by the narrow strip of a strait. The first commander to cross these straits and set foot on European soil was none other than Tariq ibn Ziyad.

A brave and formidabble warrior, Tariq was a smart strategist. He strategically took of advantage of the time the Christian rulers of Andalusia were engulfed in a civil war to attack and ultimately defeat them.

Hence, the straits that he crossed was honoroubly named after him, as Jabal Tariq or Gibraltar.

After the Andalusian soil was conquered, Tariq advanced towards Paris but was annihilated at the mountains of the Alps. Tariq was also forced to retreat because the Caliphs were worried they would lose contact with him.

From then on forth, Andalusia became one of Europe’s shining stars amidst the dark ages.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

69 Doa Dan Zikir Sahih Terpilih Daripada Rasulullah ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan berdoa dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil terhadap salam.” (Rekod Imam At-Tabrani)

“Perumpamaan orang yang ingat akan Tuhannya dengan orang yang tidak ingat akan Tuhannya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Rekod Imam Al-Bukhari)

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Zikir Umum
Zikir Umum 1
Zikir Umum 2
Zikir Umum 3
Zikir Umum 4

Bab 2: Doa-Doa
Doa Umum
Doa Bangun Tidur
Doa selepas Bangun Tidur 1
Doa selepas Bangun Tidur 2
Doa selepas Bangun Tidur 3
Zikir sejurus Bangun Tidur pada Waktu Tengah Malam sebelum Tahajud

Enrique Melaka ~ Abdul Latip Talib

Kisah Magellan yang mempunyai seorang tawanan Melayu yang tidak diketahui nama sebenarnya. Namun, dalam catatan sejarah tawanan Melayu itu dikenali sebagai Enrique Melaka. Dia, sentiasa menemani dan menjaga Magellan semasa misi ke Maluku, yang akhirnya dia mencatat sejarah sebagai orang melayu pertama yang berjaya mengelilingi dunia.​
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Saturday 21 May 2016

Mahalnya Cinta ~ Theya Nur

Ceritera Cinta Kita...

Dia sangka akan berjaya menempuh gerbang perkahwinan yang sarat bunga dan duduk di atas pelamin indah dengan Firdaus Naiem. Semua angan-angannya lebur apabila tunangnya memilih kawan baiknya sebagai isteri. Zatifa Adelia serik dengan lelaki!

Ditunangkan dengan gadis pilihan ayahnya, Hazriq Ayyad memberontak. Dia tidak mahu mengikut rancangan ayahnya yang gilakan duit itu. Dia mengatur rancangan sendiri apabila Zatifa Adelia muncul tepat pada waktunya.

“Aku tahu kau berkawan dengan anak aku sebab kau nak kikis harta keluarga aku. Kan? Sekarang aku bagi kau duit dan kau boleh berambus daripada hidup anak aku.” – Tuan Hadwan

Tif memutuskan untuk pergi. Bukan dia yang tergila-gilakan Riq. Namun, apabila Riq terus menabur kata-kata manis, hati mana yang tak cair? Riq bagaikan lelaki yang begitu sempurna bagi Tif. Ya, dia jatuh hati lagi. Sedang cinta mula mekar, hati Tif terluka lagi.

“Jangan pandai-pandai bercakap soal cinta, kalau sebenarnya awak tak tahu cinta tu apa. Dan jangan mudah mengaku cinta, kalau awak tak betul-betul merasainya.” – Zatifa Adelia

“Awak nak saya kahwin dengan Mayalah? Awak sanggup biar saya kahwin dengan perempuan lain? Ini hidup saya. Saya berhak nak pilih dengan siapa saya nak hidup sampai saya mati.” – Hazriq Ayyad

Luka itu berdarah. Luka itu parah. Mampukah Hazriq membalutnya bila kepercayaan diragui? Kini baru dia tahu betapa mahalnya sebuah cinta!
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Biar Hati Berbisik Rindu ~ Zuri Yanie

Izinkan cinta ini memeluk hatimu...

“Mulai saat ini, Raof gantung Nina tanpa tali. Nina bebas ke mana saja Nina pergi tetapi bukan untuk mendampingi lelaki lain. Mungkin ini harga yang perlu Nina bayar kerana menidakkan Raof sebagai suami Nina yang sah.” – Raof

Kata orang putih, “If you love someone, set him free.” Ya, kerana Nina mencintai Raof Nina terpaksa bertindak gila. Berkahwin hanya satu malam kemudian meminta perpisahan keesokkan harinya. Kalaulah Raof tahu sebab tindakan Nina ni…

Lima tahun mereka berpisah, musim bunga menemukan mereka kembali di tanah England. Kali ini Raof merayu minta Nina kembali ke sisi tetapi malangnya perasaan Nina terhadap Raof sudah lama mati.

“Raof cintakan Nina. Raof tak boleh hidup tanpa Nina. Balik ke pangkuan Raof semula, ya?”- Raof

“Nina dah tak cintakan Raof. Perasaan Nina dah lama mati untuk Raof. Raof berhak untuk dapatkan orang yang lebih baik dari Nina untuk dijadikan isteri.” - Nina

Saturday 14 May 2016

Jodoh Satu Rumah ~ Zaza Qry

Kehilangan abah dan umi dalam sekelip mata membawa Ara Adalea ke dalam kehidupan kawan uminya, Sufi. Sufi mempunyai seorang anak lelaki bernama Adif Ashman, yang sememangnya terlalu benci kepada Ara Adalea kerana baginya Ara Adalea merampas kasih sayang mamanya. Adif Ashman cukup tidak berkenankan Ara Adalea.

Ara Adalea juga tidak boleh bertemu dengan Adif Ashman. Jika mereka bertemu ada sahaja yang tidak kena dengan mereka. Sentiasa mahu berbalah. Ara Adalea yang sentiasa memakai pakaian tidak cukup kain bagi Adif Ashman. Namun, demi membahagiakan mama angkatnya itu Ara Adalea mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Adif Ashman.

“Ingatkan awak tak suka saya,”- Ara Adalea.
“Sukalah, kalau tidak tak adalah aku nak cium-cium kau tu. Rugi kahwin kalau tak cium-cium macam tu.”- Adif Ashman.

Bakti Wafi, lelaki gila talak terus mengganggu rumah tangga tanpa cinta itu. Walaupun tanpa cinta, rumah tangga Ara Adalea dan Adif Ashman tetap bertahan. Biarlah datang seribu Bakti Wafi, Ara Adalea tidak akan berpaling daripada Adif Ashman. Tetapi mampukah Adif Ashman bertahan apabila kekasihnya, Alfiya, kembali semula?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mamat Muka Selenga ~ Aliesha Kirana

Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta?

NUR FATIHAH HUSNA - Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi, tak salah kan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salah, kan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia?

FAHMI NAZARUL AIN - Tengok dari bawah memang dah cukup segak, dengan tingginya macam model, tetapi bila lihat wajahnya, memang selenga habislah. Suara sudahlah macam petir lepas tu tersengih saja kerjanya. Hobi dia pula melalak dua puluh empat jam. Meluat betul aku!

“Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak kalau main gitar tu esok aje? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dengan menyanyi tu sehari?” - FATIH
“Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang.” - FAHMI

Semakin aku menyampah, semakin galak dia mengusik aku. Tapi bila dia senyap, aku pula yang rindu. Aduh, kenapa dengan aku ni? Tak mungkin aku boleh suka dekat mamat sengal tu. Tak mungkin!

AYDAN DANIAL - Anak majikan tempat aku bekerja, wajahnya persis jejaka Korea, membuat hatiku tergoda tetapi wajah kacak begitu memang wajib jadi playboy ke? Baru saja nak jatuh cinta, jadi berbulu mata tengok dia berkepit dengan perempuan-perempuan tak cukup kain. Tapi manusia boleh berubah, kan? Hehe.

RAIN - Artis popular tanah air yang segak dan bergaya, digilai ramai peminat tetapi di sebalik popularitinya itu dia masih seseorang yang aku kenal, yang terlalu lama aku tidak bersua dan rindukan setengah mati.

Kenapa pada saat aku menanti jodoh persis Korea, dia muncul dengan sengihannya tetapi pada saat rasa suka itu baru saja mahu berputik, dia langsung tidak punya tanda mahu luahkan cinta? Adakah dia benar suka atau aku sekadar syok sendiri? Tega betul dia mempermainkan perasaan aku yang rapuh ni. Memang kurang asam jawa betul mamat ni!
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

1st Class Mistress ~ Sara Kyoko

Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?

“Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain

“Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukankah itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah

Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktahnya?

“Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza-bezakan antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan.” - Yusuf Dzulkarnain

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” - Jasmine Hannah
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Wednesday 11 May 2016

Saat Kau Jauh ~ Izz Jaja

NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya.

“Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati.”- Ana Liyana

IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya.

“Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana.” – Ikhwan Fazail

Friday 6 May 2016

Rindu Awak Separuh Nyawa ~ Siti Rosmizah

“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Wednesday 4 May 2016

My Dear Sayang ~ Nur Razin

AQIL MUFFID yang pernah dikecewakan terasa serik untuk bercinta lagi. Bukan memilih, namun dia mempunyai kriteria tersendiri untuk memilih calon isteri. Mana tahu dapat yang ekstra kebabom!

ADWA ADELIA pula berubah setelah ditinggalkan kekasih hati ketika zaman belajar. Dikatakan kolot dan kekampungan, Adelia terus mengubah penampilannya. Pakaiannya yang sendat, mampat, dan ketat mampu mancairkan otak yang beku, hati yang keras bagi lelaki yang melihatnya. Seksi habis!

NAMUN begitu, hati Adelia tetap tidak berubah. ‘Don’t judge a book by its cover’ kata orang. Kerana hati itulah Aqil Muffid yang sarkastik tersungkur bila berhadapan dengan Adelia. Sungguh, Adelia telah menawan hati lelakinya.
“Err…encik!”
“Apa?” Aqil Muffid langsung tak faham dengan body language Adelia.
“Nak lalu…” ujar Adelia. Dia bulatkan matanya sambil tunjuk tangan ke arah laluan keluar.
“Ohhh…tak boleh eh?”
“Boleh!”
“So?”
“Takut bersentuhan, bergesel. Encik kan allergic,” sindir Adelia. Lembut kata-katanya tetapi sinis.
“Dengan awak, allergy saya cepat hilang.”
Gulp! Adelia tersedak liur.
“Alamak!” Tiba-tiba Adelia bongkokkan tubuhnya. Mengutip sesuatu di atas lantai. Pelik Aqil Muffid melihatnya. Berkerut dahinya.
“Awak buat apa?”
“Kutip jantung jatuh berterabur,” seloroh Adelia. Lawak gila. Selamba menyakat Aqil Muffid. Sungguh, macam tak percaya dengan gurauan Aqil Muffid sebentar tadi. Boleh pun!

Kasihku Untukmu ~ Nurul Shuhada

Sejak kehadiran Khalisha dalam hidupnya, Iman Rania nekad untuk memberikan seluruh kehidupannya kepada Nur Khalisha Muhammad Benjamin. Bagi Iman Rania, Khalisha ibarat nyawanya.

“Don’t worry, I’m not gonna let anybody to hurt you again. I’m here to protect you. Always here at your side. Ibu pernah gagal dulu tapi kali ni, ibu akan buat yang terbaik untuk Isha. Ibu sayang sangat Isha. Jadi jangan bersedih lagi sebab ibu tak boleh tengok Isha sedih. It hurts me.” Itulah janji Iman Rania pada Khalisha.

Iman Rania, sedaya upaya menunaikan amanah yang diberikan kepadanya tanpa memikirkan sedikit pun tentang dirinya. Tanggungjawab yang tergalas di bahu dipikulnya dengan sebaik mungkin. Dia nekad untuk membahagiakan anaknya. Segala-galanya dilakukan demi Khalisha sehinggakan dia lupa pada hakikat yang sebenar.

“Tak payah! Kalau ibu dah tak nak Isha, Isha dah tak kisah! Isha akan buktikan pada ibu yang Isha boleh hidup gembira tanpa ibu!” Luluh hati Iman Rania mendengarnya.

Tuesday 3 May 2016

Ceritera Haji Wartawan Al-Quran: Tuhan, Kami Datang... ~ Abdullah Bukhari, Dr. Abdul Basit

Ceritera Haji Wartawan Al-Quran - Tuhan, Kami Datang... adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir Al-Quran.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Tip Mudah Mendapat Haji Mabrur
Rahsia dan Hikmah Haji

BAB 1: KISAH SEBELUM HAJI 1436H
Empat Hari Berbaki
Terkena Mukjizat Nabi Ibrahim a.s.
Doa supaya Mendapat Jemputan Istimewa daripada Allah s.w.t.
20 Visa Ihsan dan Rahsia Doa
Lembut Hati Encik Polis Trafik
Perlu Berangkat Pagi Ini!
Tragedi Visa KT65
Pulang Kembali ke Rumah
Kisah Pasport dan Hari Khamis yang Tragis
Ujian Kecil di UTC Keramat
Keajaiban Doa Musibah
Insya Allah, Belanja Haji akan Berganti
Haji Berlari-Lari pada Hari Jumaat

BAB 2: KISAH DALAM DAN SELEPAS HAJI 1436H (PENGALAMAN YANG TIADA GANTI)
Isytihar Pemergian Haji, Adakah Relevan?
Tadabbur Ayat Haji pada Hari Tarwiyah
Sesi 'Kultuj' dengan Isu Dua Akhirat Bernisbah Satu Dunia
Tazkirah Tafsir di dalam Khemah Arafah
Doa yang Disimpan Allah s.w.t. Sebagai Bekal Menghadapi Ujian Haji
Bisikan Syaitan di Tanah Suci
Sujud adalah Nikmat yang Begitu Besar
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

50 Resipi Biskut & Kek ~ Chef Hanieliza

Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik. Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan. Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Biskut
Biskut Badam Manis (Almond Sweet)
Biskut Badam Rangup
Biskut Badam Salju (Snow Almond)
Biskut Bebola Kacang Hazel (Hazelnut Ball)
Biskut Bebola Kristal
Biskut Buah-Buahan
Biskut Coklat
Biskut Coklat Cip
Biskut Cornflake Madu Coklat Cip
Biskut Dahlia Oren
Biskut Keju
Biskut Koko Crunch
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80