Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 24 March 2015

Suka-Suka Rabu 25/3/15

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di sini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 25 Mac 2015. Harga ini untuk seluruh Malaysia dan luar negara juga (sehari ni sahaja).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun atau whatsapp kami di 013-6786571.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynetyang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 25 Mac 2015.
1. Sejarah 133 Wira Terbilang di Zaman Rasulullah: RM80 > RM60
2. Kekasih Waktu: RM25 > RM18.80
3. Jurnal Inspirasi Diri: RM15 > RM11.30
4. Anekdot Madinah: RM45 > RM33.80
5. Pilo Toq: RM18 > RM13.50

Thursday 19 March 2015

Kerana Lamaran Itu ~ Xuanza

“Nur Amal Humaira, in front of this beautiful mosque as a witness, will you be honored to become my wife?”

“I... I don’t think I can give you the answer now. I’m sorry.”

Aku dah pilih dia. Lelaki yang berterus terang untuk menikahi aku dan meminta aku menerima apa saja kekurangannya. Dan kami nekad untuk teruskan hidup bersama malah mengharungi apa saja dugaan yang tak pernah kami duga dalam hidup berumahtangga. Tapi, mengapa setelah aku memilih dia sebagai suami, banyak perkara yang dia sorokkan daripada pengetahuan aku, si isteri?

Aku berkahwin dengan dia untuk berkongsi suka dan duka bersama. Jika masa lalunya membuatkan dia ‘sakit’ begitu, kenapa tak diluahkan saja kepada aku agar aku faham kedudukan sebenarnya? Aku boleh tunggu… kerana aku masih ingat janji kami. Iaitu aku takkan tinggalkan dia, malah takkan memilih yang lain. Kerana atas nama isteri kepadanya.

Bukan Aku, Tapi Dia ~ Annass Nurazmi

“Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.”

“Saya pun ikhlas tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.”

Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip

“Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!”

“Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.”

“Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada perasaan. Masakan awak langsung tak tergugat dengan kekacakan saya? Dahlah tu, saya ni macho, tough, pendek kata segala macam kelebihan ada pada saya.”

“Pendek mana yang kata? Hah, pergilah kepada pendek yang kata tu. Saya tak kata apa-apa.”

Aduh! Kenapalah lelaki ni tak faham bahasa?! Dia ingat aku tak tahu. Dia dekati aku dengan niat yang lain! Jangan fikir aku boleh tertipu la. Kalau kau syok kat aku pun, kau dah salah perempuan. Hati aku ni dah dimiliki orang lain. Hanya si dia yang aku pandang setiap hari. Tapi… kenapa si dia buat macam tak tahu? Padahal riak wajah dan pandangan mata aku sudah menjelaskan segala-galanya. – Imza.

Dalam perjalanan untuk mendekati Imza, dia menemukan pelbagai kejadian yang pelik. Sehingga keinginannya kuat untuk mengetahui maksud di sebalik kejadian-kejadian itu. Dan akhinya dia membuat keputusan untuk memilih cinta yang ‘abadi’, daripada terus berharap pada cinta ‘Imza’ yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Benarkah sampai ke akhirnya Imza takkan pernah menyedari kehadiran Philip manakala Imza terus berharap kepada ‘si dia’ yang takkan dapat menerimanya? Dan akhirnya kebenaran tentang ‘si dia’ menghancurkan perasaan Imza. Namun selagi Imza tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya, selagi itulah Imza takkan sedar yang cinta sejatinya itu masih setia menanti.

Dan Imza mengharapkan Niffira, insan kesayangannya juga menerima kebahagiaannya sendiri sekiranya kebahagiaan itu datang dengan seikhlas hati.
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday 16 March 2015

Encik Suami Mat Salih Celup ~ Yumi Hyra

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani
Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.
“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif
Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

Monday 9 March 2015

Seindah Kasih Cadeo ~ Wan Sufia

CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu… naik komuter? What?

Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu.

"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"