Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 July 2013

Ya Maulana ~ Hana Ilhami

Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

Adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal

“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana

“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…

“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana

“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Saturday 13 July 2013

Halalan Thayyiban: Amalan Rukhsah Dalam Pemakanan ~ Khairudin Shaary

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah fitrah kehidupan bahawa manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Seiring dengan kemodenan tamadun manusia, corak pemakanan manusia juga sudah disuntik unsur kemodenan. Hal ini sekali gus menyebabkan kita tidak dapat lari daripada kesukaran membezakan unsur-unsur syubhah dalam konsep pemakanan moden pada hari ini. Mencari yang halal itu adalah fardu, maka amat penting bagi setiap Muslim untuk mengetahui lebih mendalam tentang konsep rukhsah dalam kehidupan sehariannya bagi mengelakkan unsur-unsur syubhah lebih-lebih lagi dalam tabiat pemakanan moden.

Justeru, buku ini akan membincangkan tentang konsep rukhsah dalam ilmu usul fiqh dengan memfokus kepada soal pemakanan dan pengubatan serta beberapa isu sampingan. Di samping itu, buku ini juga akan meneliti isu-isu semasa yang berkaitan fiqh pemakanan serta melihat huraian pertimbangan hukum syarak tentangnya.

*****

(SEM & S/S) RM15.00 - RM13.20

Allah Doktorku: Wahyu Ubat Penyakitku ~ Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku “Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”.
Buku ini sangat wajar dimiliki kerana Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani. Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis. Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit. Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

*****

(SEM & S/S) RM32.00 - RM28.20

Friday 5 July 2013

Biografi Inspirasi: Prof Dr Muhaya. Sejernih Sinar Matamu ~ Rozninah Abd. Azib

"Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. Alangkah indahnya jika apa yang dilihat oleh Prof. Dr. Muhaya dapat dirasai oleh insan lain. Semoga Prof. berjaya dengan misi 'mata'nya..."
(Ahmad Fedtri Yahya. Personaliti TV)

"Prof. Dr. Muhaya, sumber inspirasi dan semangat untuk kami semua, golongan artis. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan kami selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan saya rasa tegurannya, seperti teguran seorang kakak. Ceramah Prof. biasanya diperkuatkan dengan fakta saintifik, yang menyebabkan pendengar berfikir dan cepat terkesan kerana ada bukti yang nyata dan logik."
(Nora. Selebriti)

"Antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat ialah Prof. Dr. Muhaya. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penerbitan buku ini, diharap dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk mengambil contoh yang baik daripada beliau."
(Ustaz Dr. Zahazan Mohamed. Tokoh Ilmuwan Islam & Pengarah Urusan Telaga Biru)

"Prof. Dr. Muhaya saya kenalinya, sejak saya menjadi pelajar master perubatan dan kini kami bertugas di tempat yang sama, di Prince Court Medical Centre. Walaupun kini kami rakan sekerja, tetapi Prof. Dr. Muhaya tetap guru saya. Beliau menjadi tempat kami merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun kini saya sudah menjadi doktor pakar, seperti dirinya, kerana faktor pengalaman. Pengalamannya dalam bidang Oftalmologi sangat luas dan tidak dapat ditandingi dan beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengannya. Saya suka Prof. sebab dia seorang yang sangat positif dan baik hati."
(Dr. Tan Niap Ming. Pakar Mata Prince Court Medical Centre)

"Kami bersyukur menjadi anak Prof. Dr. Muhaya. Beliau ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib kami. Ibu kami itu sentiasa bersedia mendengar masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan dalam semua keadaan. Sikap positifnya membuatkan kami sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan kami sebagai 'orang muda'. Ya Allah, penjangkanlah umur kedua ibu bapaku yang kami sayangi dalam keadaan sihat walafiat dan bahagialah hidup mereka di dunia dan diakhirat."
(Dr. Noor Aniah Azmi. Anak)

"Prof. Dr. Muhaya ialah pensyarah saya semasa belajar perubatan dan Sarjana Surgery Oftalmology. Ketika mengajar, Prof. mengaitkan ilmu kedoktoran dengan keagamaan. Beliau lembut dan tegas, sangat rapi dengan kerja dan cekap. Saya belajar banyak tentang kehidupan dan kemanusiaan dengannya, terutamanya tentang bagaimana mengawal emosi ketika berhadapan dengan pesakit. Merawat pesakit dengan kasih sayang dan keikhlasan, menjadi amalannya. Prof., contoh wanita profesional yang berjaya dalam kerjaya dan rumahtangganya. Mudah-mudahan, Prof. terus berjaya dalam setiap perkara yang diusahakannya dan mendapat keberkatan Allah, dunia akhirat."
(Dr. Othmaliza Othman. Pakar Mata & Bekas Pelajar)

*****

(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM82.00 - RM72.20