Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 21 June 2013

Indahnya Saat Bersama-Mu ~ Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah SWT dan kemudian tidur semula? 

Buku ini juga menggariskan secara terperinci kaifiat dan kaedah solat-solat ketika qiamullail, antaranya: Solat tahajud, tasbih, taubat, istikharah, hajat dan witir. Kemuncak ibadah qiamullail adalah pada bulan Ramadhan. Yang manakah lebih utama; solat tarawih 8 atau 20 rakaat? Apakah perbezaannya? Temukan jawapannya di dalam buku ini. Hayati juga kemanisan beribadah pada tengah malam yang disisipkan buat perkongsian kita bersama.

*****

(SEM & S/S) RM19.90 - RM17.50

101 Nama Nabi Muhammad ~ Ahmad Adnan Fadzil

Sebahagian ulama silam menyatakan bahawa nama bagi Nabi Muhammad SAW amatlah banyak. Hal ini kerana setiap daripada sifat dan akhlak yang mahmudah, semuanya disandarkan kepada Baginda SAW yang paling baik menunjukkan contohnya. Maka setiap satu daripada sifat-sifat tersebut menjadi gelaran atau panggilan lain kepada Rasulullah SAW. Dalam usaha untuk kita menyemarakkan lagi perasaan kasih dan sayang kita kepada Baginda Nabi SAW melalui akhlak dan peribadi Baginda, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menerbitkan buku “101 Nama Nabi Muhammad” yang disusun oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.
Buku ini amat berharga dan perlu dimiliki kerana ia menyenaraikan nama dan gelaran lain Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil. Memberi huraian ringkas nama dan gelaran yang membentuk akhlak Mulia. Menyingkap ketinggian peribadi agung Rasulullah SAW untuk diteladani dan mengetengahkan beberapa nama dan gelaran yang sesuai kepada cahaya mata.

*****

(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin hanyalah satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat ini menjadikan nikah kahwin sebagai suatu upacara mudah dan ringkas. Sementara bagi orang yang berkemampuan pula menjadikan nikah kahwin sebagai salah satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan.

Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya ilmu pengetahuan tentang munakahat hari ini menyebabkan pelbagai perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin diabaikan. Buku Soal Jawab Remeh-temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini, mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia merupakan agenda penting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60